Sabtu, 26 Februari 2011

10 Tanda Dia Jodoh Kita

10 Tanda Dia Jodoh Kita 


Jodoh adalah perkara yang sudah Ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui Dia memang Ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengaruniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat Dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya untuk mengungkapkan rahsaia cinta yang Ditakdirkan. Dua manusia yang merasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual Dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, Dialah insan yang Ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang Diperkatakan?

Berikut adalah pertanda yang menunjukkan Dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap sahaja Dan tidak bersandiwara. Coba perhatikan cara Dia berpakaian, cara berucap, cara ketawa serta cara makan Dan minum. Adakah ia spontan Dan tidak canggung atau kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang enak Dengan gayanya,pasti dia hanya bersandiwara. Kadang-kadang, kita Dapat merasa yang Dia sedang berpura². Tetapi, apabila Dia tampil bersahaja Dan tidak Dibuat-buat, maka Dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, Dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada Diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira Dan Dia menjadi pengobat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan Dan rasa ingin berjumpa Dengannya. Tidak siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, Dia tidak ambil peduli. Mungkin Dia tahu perpisahan Dengan bekas kekasihnya sebelum ini. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun Dia tahu kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, Dia tidak ambil hati langsung. Yang Dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia melupakan kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahasia apabila Dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur
Dia tidak marah dengan apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum agama. Sikap jujur yang Dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh sandiwarakan. Kita Dapat merasakan sesuatu apabila Dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta Di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila Dia tidak jujur, sukar baginya mengelak Dari perlaku curang kepada kita. Apabila Dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang Disulami Dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, Dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Ada kalanya rahasia ini perlu lupakan supaya Dapat mengurangi beban yang Ditanggung. Apabila kita mempunyai rahasia Dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahasia kita aman Di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul Dari Dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahasia-rahasia kepada kekasihnya dibanding dengan teman² yang lain. Satu lagi, kita tidak berahasia apa pun kepadanya Dan pasti rahasia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan Dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya Dan kekal Dalam jangka masa yang panjang, kita Dan Dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita Dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara baik perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang Dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan Dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita Dan Dia Dapat melalui semua ini Dengan melakukannya bersama-sama. Kita Dan Dia juga Dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain Dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting karena ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa depan. Jika tiada kerjasama, sulit bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus persen. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami Diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, Dia pasti memahami Diri pasangannya. Semasa kita sakit Dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, Dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, Dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berkisah, Dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita Dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, Dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia menjalani pasang surut Dalam percintaan. Apabila Dia senantiasa bersama kita melalui hidup ini Di kala suka Dan Duka, Di saat senang Dan susah, Dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan
Tidak ada siapapun yang sempurna Di Dunia ini. dusta jika ada orang yang mengaku Dia insan yang sempurna Dari segala segala sudut. Pasti Di kalangan kita memiliki kelemahan Dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, Dia tidak terlalu menyimpan rahasia kelemahannya Dan bersedia memberitahu kita. Apabila kita Dan Dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang Ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikaruniakan Allah Indera keenam yang Dapat mengetahui Dan memahami perasaan pasangannya. Dengan rasa batin ini juga kita Dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi nya.  Apabila kita yakin Dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahkanlah segala ketentuannya pada maha kuasa.

10. Solat Istikharah Dan Tawakkal

Jodoh Dan pertemuan semuanya Di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang Di pentas Dunia ini Dan skripnya Ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, Dalam memainkan peranan sebagai pelakon, Diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan Sholat Istikharah dan memohon supaya Allah SWT memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izin-NYA kita mendapat petunjuk-NYA. Jika Dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di Dunia. Setelah semuanya Diusahakan, berserahlah kepada-NYA dan terus berdoa.

Ingatlah, nikmat Di Dunia ini hanya sementara. Nikmat Di akhirat adalah kekal selamanya.



Sumber. http://www.i-dus.com/2011/02/10-petanda-dia-jodoh-kita.html

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Related Post